Wednesday, October 27, 2010

hish!!!~

ish! tetibe rindunye kat mak abah..tiap cuti study week msti blek joho..nk mintak berkat mak abah tok exam la kunun nye..hihi~ tapi da last2 sem ni, aduii~~ malas betol nk blek seyh..so, stay je la uma angah..boley memaen ngn icad..tp icad lak tak sihat..=( then, mak abah yang dari joho pon akan melawat cucu kesayangan mereka kat subang ni..dpt gak pelok cium mak abah.. yeah !! yahoooooo!!!!~

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu...

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

same tak muke kami? same,kan? mestila...da birthday pon same..=D

da lame tak makan masakan mak..rinduuuu~~~

o0oh! tidak di lupekan juge, my lovely fiance.. rindunye kat nyott...^_^

No comments:

Post a Comment