
owh !! tak pe la.. bia aku jawab sendri soalan aku tadi.. (^_^)
Penyakit berpeluh yang berlebihan dikenali sebagai Hyperhidrosis. Ia berlaku pada hampir 1% daripada populasi terutamanya wanita. Perpeluhan yang tidak normal ini biasanya mengganggu kehidupan pesakit dan ia boleh berlaku di tangan, ketiak, kaki atau muka. Penyebab penyakit hyperhydrosis ini masih belum diketahui. Walaupun begitu, ia dipercayai disebabkan oleh rangsangan saraf simpatetik yang berlebihan pada kelenjar peluh yang terlibat. Terdapat pelbagai cara rawatan yang boleh dan pernah digunakan untuk merawat penyakit ini. Ia termasuklah penggunaan Ubat Sapu antiperspirant, pil antikolinergik dan iontophoresis. Namun kesannya tidaklah menyeluruh dan hanya berkesan pada sebilangan kecil pesakit sahaja. Rawatan pembedahan simpatektomi merupakan rawatan yang terbukti keberkesanannya melalui pembedahan lubang kunci (key-hole surgery) iaitu Endoscopic TransThoracoscopic Sympathectomy(ETS). ETS sangat berkesan untuk hyperhydrosis pada tangan dan muka dan sebahagian pada kaki. Kesan yang drastik dengan komplikasi yang minimal menyebabkan rawatan ini semakin popular di dalam merawat penyakit Berpeluh berlebihan.
ye ke rawatan ni semakin fofular ?? apsal aku baru tawu ek ? haha~~ so, sape sape yang ade penyakit cam aku ni, boley la cube rawatan ni.. (~_^)
ye ke rawatan ni semakin fofular ?? apsal aku baru tawu ek ? haha~~ so, sape sape yang ade penyakit cam aku ni, boley la cube rawatan ni.. (~_^)
No comments:
Post a Comment